KUALA LUMPUR: Pemeriksaan kesihatan berkala amat penting bagi setiap individu dalam mengetahui status kesihatan diri, malah bertepatan dengan pepatah lama iaitu 'mencegah lebih baik daripada mengubati'.
Pegawai Perubatan Residen Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway Dr Wee Hui Yin berkata masyarakat hari ini sering mengabaikan kesihatan kerana tuntutan kerja dan tanggungjawab yang mendesak dalam dunia serba pantas.
Beliau berkata sesetengah pihak hanya mendapatkan rawatan perubatan apabila benar-benar rasa tidak sihat, sehingga sering terlupa bahawa sesuatu penyakit itu mungkin sudah berkembang ke tahap lebih teruk tanpa disedari.
"Penyakit yang lambat dikesan akibatnya boleh menjadi sangat parah, menyebabkan rawatannya lebih rumit serta mengurangkan peluang untuk pulih sepenuhnya.
"Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, hanya 49 peratus rakyat Malaysia yang membuat saringan kesihatan dalam tempoh 12 bulan terakhir, bermakna baki 51 peratus lain tidak membuat pemeriksaan, statistik ini membimbangkan dan amalan ini perlu diubah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr Wee berkata pemeriksaan kesihatan secara berkala perlu dititikberatkan, malah dijadikan sebagai satu aspek asas dalam menjaga kesejahteraan seterusnya menggalakkan masyarakat yang lebih sihat.
Beliau berkata walaupun pemeriksaan kesihatan patut disesuaikan untuk setiap individu mengikut jantina, umur dan sejarah kesihatan keluarga, panduan asasnya ialah saringan kesihatan menyeluruh perlu dibuat setiap tahun malah pemeriksaan lebih kerap mungkin diperlukan bagi individu dengan risiko tertentu.
"Garis Panduan Konsensus Pemeriksaan Kesihatan Dewasa yang diperkenalkan Persatuan Doktor Pakar Perubatan Keluarga Malaysia mengesyorkan antara saringan yang perlu dilakukan oleh individu setiap tahun ialah kanser kolon, tekanan darah tinggi, Diabetes Mellitus dan Dyslipidaemia selain untuk kaum wanita pula termasuk saringan Scoliosis, kanser serviks dan kanser payudara," katanya.
Menurut Dr Wee saringan kesihatan pencegahan adalah penting untuk mengenal pasti faktor risiko penyakit kronik dan tidak berjangkit (NCD) seperti sakit jantung, strok, dan kencing manis.
Beliau berkata pemeriksaan kesihatan tahunan yang merangkumi ujian darah untuk kesihatan kardiovaskular, gula dalam darah serta ujian tekanan darah adalah penting.
"Ujian darah membantu mengesan petanda dengan lebih awal, membolehkan seseorang mengetahui keadaan kesihatan dan menyiapkan diri, mengubah cara hidup termasuk mengamalkan pemakanan seimbang dan kerap bersenam bagi mengurangkan risiko mendapat penyakit tertentu selain membolehkan doktor merawat tanda-tanda awal sebelum terlambat," katanya.
Dr Wee pada masa sama berkata sekiranya membuat pemeriksaan kesihatan dengan doktor baharu, individu adalah disaran untuk berkongsi sejarah kesihatan diri dan keluarga, termasuk hasil pemeriksaan sebelumnya dan pengambilan ubat terkini, supaya doktor dapat memberikan nasihat dan rawatan yang tepat.
Beliau menepis tanggapan pemeriksaan kesihatan hanya perlu dilakukan apabila terdapat simptom, atau ia memakan masa yang panjang, atau menyakitkan dan hanya untuk orang tua.
Pemeriksaan kesihatan, katanya bertujuan memantau dan mengesan masalah kesihatan sebelum menjadi lebih teruk, walaupun tanpa gejala kerana pemeriksaan dilakukan memungkinkan pengesanan awal serta intervensi.
"Antara ciri penting saringan kesihatan pencegahan ialah maklumat yang diberikan. Apabila pesakit memahami keadaan kesihatan mereka serta risiko yang berkaitan, mereka menjadi lebih peka terhadap kesejahteraan sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2024
Masyarakat hari ini sering mengabaikan kesihatan kerana tuntutan kerja dan tanggungjawab yang mendesak dalam dunia serba pantas. - Gambar hiasan/Freepik
Penjimatan RM4 bilion subsidi diesel beri ruang fiskal lebih luas bantu rakyat
Penjimatan ini membolehkan lebih banyak dana untuk infrastruktur dan perkhidmatan awam.
Pelajar yang tidak hadir SPM perlu diberi peluang kedua melalui TVET – TPM
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan cemerlang supaya menimbangkan memilih aliran TVET sebagai pilihan utama untuk melanjutan pelajaran.
UTM guna 100 peratus tenaga pengajar AI tempatan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menggunakan tenaga pengajar tempatan sepenuhnya bagi Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara di kampus universiti itu di Kuala Lumpur.
[TERKINI] Warga AS terkejut Trump disabitkan bersalah
Dalam pada itu, sabitan ke atas bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengundang pelbagai reaksi daripada warga Amerika Syarikat di kota metropolitan New York.
[TERKINI] Trump pertahan diri, dakwa perbicaraan bermotifkan politik
Donald Trump pertahankan diri tidak bersalah dan dakwa perbicaraan bermotif politik. Bekas Presiden AS ini berjanji akan terus berjuang hingga ke akhirnya.
[TERKINI] Donald Trump didapati bersalah atas 34 dakwaan memalsukan rekod perniagaan
Donald Trump disabit kesalahan memalsukan rekod perniagaan. Hukuman ditetapkan 11 Julai, dengan bekas Presiden AS ini berdepan penjara atau denda.
WAO gesa masyarakat antarabangsa utamakan hak wanita, gadis Palestin
Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menggesa masyarakat antarabangsa agar mengutamakan keperluan dan hak wanita serta gadis Palestin selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
22 maut dalam nahas bas di Jammu, Kashmir
Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam kemalangan sebuah bas di wilayah Jammu dan Kashmir pada Khamis.
UTM guna 100 peratus tenaga pengajar AI tempatan
UTM akan menggunakan tenaga pengajar tempatan sepenuhnya bagi Fakulti AI pertama negara di kampus universiti itu di Kuala Lumpur.
ARC: Bunga Raya 15s pertaruh pemain senior, muda berdepan Korea Selatan
Gabungan skuad kendalian Mohd Farid Syazwan itu antaranya menampilkan flanker sensasi Syarif Nurhidayat Muzhaimey.
Tinjauan NHMS mendapati 10% rakyat Malaysia tidak dapatkan rawatan atas faktor kewangan
Sebanyak 12.9% melaporkan bahawa ia adalah kerana rawatan terlalu mahal, tidak mampu dibeli, atau kerana kekurangan wang.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Pemeriksaan kesihatan berkala: Mencegah lebih baik daripada mengubati
Masyarakat hari ini sering mengabaikan kesihatan kerana tuntutan kerja dan tanggungjawab yang mendesak dalam dunia serba pantas.
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini disebabkan aktiviti pengambilan untung menjelang cuti Hari Raya Aidilfitri, kata Rakuten Trade Sdn Bhd.
Bursa Malaysia teruskan kenaikan untuk ditutup tinggi bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.85 mata kepada 1,554.56 daripada paras penutup 1,544.71 pada Isnin.
Masyarakat menua beri implikasi jangka panjang kepada kedudukan fiskal
Dengan unjuran populasi 39.9 juta, penduduk berusia lebih 66 tahun dijangka cecah 5.6 juta, penduduk umur bekerja dianggar cecah 27.3 juta.
Pentingnya penjagaan kesihatan mental dan fizikal buat ibu berpantang
Peredaran masa menyaksikan tradisi berpantang melalui evolusi dan kini, ia bukan lagi menjadi tanggungjawab ahli keluarga seperti ibu sendiri atau ibu mentua.
Bursa ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan semalam dan ditambah dengan kegawatan hartanah di China yang menjejaskan sentimen serantau.
Vietnam rekod 56 kes cacar monyet
Vietnam melaporkan 56 kes cacar monyet di tujuh wilayah dan bandar, termasuk satu kematian sehingga 31 Oktober, menurut maklumat terkini Kementerian Kesihatan, lapor Xinhua.
AstraZeneca rintis inisiatif kesaksamaan akses dalam perkhidmatan kesihatan
Portal mySihatPal menutup jurang akses kepada penyelesaian penjagaan kesihatan.